Sekolah merupakan sebuah institusi milik masyarakat. Perkembangan sekolah itu bergantung kepada bagaimana masyarakat menerima sekolah tersebut. Menurut Olson, P (1970:52), masyarakat adalah kumpulan manusia yang menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa criteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetic, manusia yang saling berinteraksi, terdapat perasaan kekitaan (sense of belonging) dan mempunyai sistem komunikasi bahasa yang berlainan dengan masyarakat.
Menurut sumber yang saya kaji dan rujuk, sekolah saling berkaitan dengan persekitaran seperti hubungan sekolah dengan ibu bapa, hubungan sekolah dengan guru, serta hubungan sekolah dengan masyarakat. Tidak dapat saya nafikan, hubungan sekolah dengan persekitaran seperti yang disebut memainkan peranan penting dalam kehidupan semua. Dari segi hubungan sekolah dengan masyarakat, ianya amat penting kerana ikatan yang terjalin adalah daripada rasa kepercayaan terhadap sekolah, yang juga demi masa depan murid. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam hubungan dengan sekolah.
Saya setuju dengan kenyataakn “ibu bapa yang prihatin akan melahirkan sekolah yang terbilang”. Apa yang saya dapat simpulkan daripada ayat ini adalah ibu bapa dan sekolah bersama mahukan yang terbaik buat para pelajar dan juga sekolah. Di sinilah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan sebagai flatform untuk melestarikan sekolah. Oleh itu, setiap orang haruslah faham akan konsep sekolah dan persekitaran kerana ianya saling berkaitan antara satu sama lain dan memilikimatlamat yang sama iaitu mahu melahirkan pelajar dan sekolah yang terbilang.
No comments:
Post a Comment