Menurut jurnal yang saya rujuk bertajuk “Pengurusan Bilik Darjah” oleh Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009), pada asanya, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di universiti maupun di institut-institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one of the most wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah. Pembelajaran dan pengajaran akan lebih berkesan apabila suasana persekitaran bilik darjah adalah kondusif disamping guru tersebut mempunyai dan memahami sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih, dan prihatin.
Apabila pengurusan bilik darjah berkesan, kita dapat lihat kesan positif daripada pelajar seperti penglibatan aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat mempertingkatkan lagi prestasi akademik mereka.

No comments:
Post a Comment