Wednesday, December 5, 2018

STRATEGI PENGURUSAN BILIK DAN PEMBELAJARAN

Bilik pembelajaran bukan sahaja bilik darjah semata-mata, malah makmal, bengkel atau studio malah padang juga dikenali sebagai bilik pembelajaran. Makmal lebih dikenal bilik pembelajaran bagi matapelajaran yang berkaitan dengan Sains serta Teknologi Maklumat. Studio pula lebih dikenali sebagai bilik pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Seni. Bengkel pula lebih ke arah matapelajaran yang memerlukan kemahiran yang dapat digunapakai dalam kehidupan seharian dan juga dapat dijadikan hobi atau kerjaya jika mempunyai minat dalam pertukangan seperti bengkel Kemahiran Hidup atau lebih dikenal sebagai bengkel Reka Cipta dan Teknologi. Di sini kita dapat lihat bahawa bilik pengajaran tidak terhad kepada bilik darjah semata-mata.

Di dalam artikel “Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran”, Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran (Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran, 2017).

Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan dan ditekankan, saya tidak menafikan bahawa perkara penyusunan bilik darjah dari segi tempat duduk pelajar sedikit sebanyak memberi impak terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankann. Sebelum seorang guru itu melakukan penyusunan bilim darjah, guru haruslah mengenalpasti sikap dan personaliti pelajar. Sedikit sebanyak perkara sebegini turut mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berbalik kepada strategi mengurus bilik darjah, guru yang mengurus bilik pengajaran dengan betul dan teratur bukan sahaja dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan, malah objektif pengajaran turut tercapai. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam mengurus bilik pembelajaran agar pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan mencapai suasana yang kondusif serta ilmu dapat disampaikan dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment