Wednesday, December 5, 2018

PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian daripada pentadbiran sekolah yang sangat penting. Hal ini adalah kerana ianya berkaitan dengan usaha untukmelahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negaradalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain daripada itu, pengurusan murid haruslah dibuat secara sistematik agar ianya mampu mencapai matlamat dan objektifyang telah dibuat. Oleh sebab itulah wujudnya jawatan Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang brtujuan untuk menyelaraskan pengurusan murid daripada pelbagai aspek seperti disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat 3 perkara yang ditekankan di dalam perkara ini iaitu mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar serta memotivasikan murid.

No comments:

Post a Comment