Tidak dapat dinafikan bahawa dalam setiap pengajaran dan pembelajaran, sumber pendidikan seperti pusat sumber sekolah memainkan peranan penting. Hal ini kerana pusat sumber merangkumi pelbagai sumber sama ada dari segi ilmiah iaitu buku serta penggunaan bahan teknologi seperti bilik audio yang lengkap mempunyai alatan seperti “LCD” dan “projector”. Dengan kemudahan teknologi ini, maka hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat dicapai untuk melahirkan warga pendidik yang mahir dan cekap dalam penggunaan teknologi sebagai sebahagian daripada alatan atau bahan pengajaran.
Pusat sumber digalakkan dijadikan sebagai salah satu sumber bahan pengajaran kerana seiring dengan objektif Pusat Sumber Sekolah (PSS) iaitu menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan juga membantu pelajar dan guru untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran (Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah, 2013).
Bagi saya, ini adalah satu inisiatif yang bagus kerana bukan sahaja dapat guru memperoleh manfaat tersebut, malah dalam masa yang sama dapat memupuk sikap cintai PSS dalam kalangan pelajar.
Secara kesimpulannya, pengurusan sumber yang teratur memudahkan guru untuk menggunakan ia sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran mereka. Penggunaan PSS bukan sahaja dapat dijadikan sebagai satu bahan sumber pengajaran, malah dapat memupuk sikap mencintai PSS dalam kalangan pelajar.

No comments:
Post a Comment