Wednesday, December 5, 2018

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkahlaku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal (Tiwi Binti Kamidin, 2004).

Pengurusan penasihatan murid berkait rapat dengan masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar. Konsep dalam pengurusan penasihatan ini adalah bimbingan, mentoring dan penasihatan. Mentor di sini bermaksud proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional (terlatih dan beretika, berkemahirandan sistematik) dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu.

Proses ini melibatkan 2 perkara iaitu mentor dan mentee. Apabila perkara yang melibatkan pelajar bermasalah, ketiga-tiga konsep ini digunapakai. Namum begitu, dalam hal sebegini konsep penasihatan dan mentoring merupakan antara jalan terbaik dalam menangani serta membantu pelajar bermasalah ini berubah ke arah lebih baik. Pada pendapat saya, sistem mentor ini adalah satu konsep yang bagus kerana guru membantu pelajar bermasalah secara peribadi.


Berbeza dengan kaunseling kerana kaunseling mengendalikan jumlah pelajar yang ramai berbanding sistem mentor. Pada suatu keadaan, hubungan guru dan pelajar akan menjadi lebih akrab melalui sistem mentor ini (Tiwi Binti Kamidin, 2004). Artikel ini dapat membantu guru dalam mengenali dengan lebih mendalam akan jenis tingkah laku bermasalah yang sering dilakukan oleh pelajar bermasalah. Antara jenis tingkah laku yang guru dapat kenali adalah tingkah laku destruktif, tingkah laku desruptif, tingkah laku pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Namun begitu, tidak semua pelajar bermasalah melakukan masalah yang besar dan bercirikan keganasan seperti dadah dan samseng. Oleh itu, setiap guru haruslah peka akan masalah yang dihadapi oleh pelajar agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang betul.

No comments:

Post a Comment