Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara – perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012).
Tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan dan pembelajaran ini penting terhadap pelajar. Guru yang gagal merancang dan menguruskan pengajaran sendiri akan berdepan dengan masalah seperti kegagalan menghabiskan silibus tepat pada waktunya serta pelajar ketinggalan dalam pelajaran. Walapun kurikulum pelajaran seperti KSSR dan KSSM telah disediakan, namun jika seorang guru tersebut gagal merancang dengan sebaiknya, pengajarannya akan kucar-kacir juga.
Pengurusan dan pembelajaran berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar. Saya bersetuju dengan kenyataan ini kerana prestasi seorang murid bukanlah semata-mata bergantung pada latihan serta ujian atau peperiksaan yang diduduki, pengajaran guru yang berkesan banyak memberi impak terhadap prestasi pelajar. Memetik lirik lagu daripada M.Nasir “gagal merancang, merancang kegagalan”, dapat disimpulkan bahawa pengurusan yang teratur memainkan peranan penting dalam pembelajaran agar pembelajaran yang sepatut disampaikan dapat disampaikan dengan berkesan.

No comments:
Post a Comment