Friday, November 23, 2018

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGURUSAN MURID ?

Pengurusan Pembelajaran adalah bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini akan memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan dan memberi garis panduan kepada perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar oleh guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. Oleh hal yang demikian, pengurusan pembelajaran penting dalam membentuk guru yang mampu membimbing pelajar menjadi insan yang berguna.

No comments:

Post a Comment