Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan.Harold Koontz,(1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Mary Parker Follet,(1995) seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.
Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.
Pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman -pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut. Secara umumnya, tajuk ini membicarakan secara ringkas akan konsep menguruskan pembelajaran yang berkesan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan dari segi mengurus bilik darjah amat penting dalam memastikan sesuatu pembelajaran berkesan. Guru juga perlu merancang rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan teratur agar tiada masalah yang timbul.
Pencahayaan yang cukup, kerusi dan meja mencukupi serta dalam keadaan yang baik serta pengudaraan yang bagus dapat memudahkan pelajar untuk menerima segala ajaran dengan tenang. Guru juga dapat mencapai objektif pengajaran hasil daripada penerimaan murid melalui pengajaran beliau. Oleh itu, kemahiran mengurus pembelajaran perlu dikuasai oleh guru agar alam pembelajaran yang akan ditempuhi oleh pelajar dapat memberi hasil yang terbaik disamping pengajaran yang diterima berkesan.
KPS3014 (PENGURUSAN PEMBELAJARAN)
Assalamualaikum. Blog ini direka khas untuk subjek KPS 3014 (Pengurusan dan Pembelajaran).Semoga apa yang dipaparkan didalam blog ini membantu kita semua untuk menimba ilmu. Selamat membaca :)
Wednesday, December 5, 2018
PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Sebagai seorang pelajar, pengurusan pembelajaran amat penting agar suatu proses pembelajaran berlaku dengan efektif dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai.Pengurusan ialah adalah melibatkan penggubalan dan perancangan, melaksanakan perancangan dan bekerjasama secara berkesan dengan orang lain untuk melakukan perkara yang betul sehingga mencapai matlamat (PPK, 2001).
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara – perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012).
Tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan dan pembelajaran ini penting terhadap pelajar. Guru yang gagal merancang dan menguruskan pengajaran sendiri akan berdepan dengan masalah seperti kegagalan menghabiskan silibus tepat pada waktunya serta pelajar ketinggalan dalam pelajaran. Walapun kurikulum pelajaran seperti KSSR dan KSSM telah disediakan, namun jika seorang guru tersebut gagal merancang dengan sebaiknya, pengajarannya akan kucar-kacir juga.
Pengurusan dan pembelajaran berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar. Saya bersetuju dengan kenyataan ini kerana prestasi seorang murid bukanlah semata-mata bergantung pada latihan serta ujian atau peperiksaan yang diduduki, pengajaran guru yang berkesan banyak memberi impak terhadap prestasi pelajar. Memetik lirik lagu daripada M.Nasir “gagal merancang, merancang kegagalan”, dapat disimpulkan bahawa pengurusan yang teratur memainkan peranan penting dalam pembelajaran agar pembelajaran yang sepatut disampaikan dapat disampaikan dengan berkesan.

ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.Robert Kreither - Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.
Sekolah merupakan sebuah institusi penyebaran ilmu. Ilmu yang diberikan merangkumi ilmu duniawi serta kehidupan selepas mati atau dikenali sebagai akhirat.guru merupakan kunci kepada penyebaran ilmu. Tanpa guru, seorang murid mungkin tidak akan berjaya walaupun ibu bapa ada membantu dalam mengembangkan ilmu yang sedia ada. Di dalam sekolah, pengetua atau guru besar merupakan orang terpenting dalam institusi sekolah. Pengetua ibarat pemimpin yang memacu sekolah ke arah kecemerlangan sekolah.
Menurut Stogdill, 1974, Edmond, 1979 & Nor Azian, 1994, pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesabuah organisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya.

PENGURUSAN MURID
Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian daripada pentadbiran sekolah yang sangat penting. Hal ini adalah kerana ianya berkaitan dengan usaha untukmelahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negaradalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain daripada itu, pengurusan murid haruslah dibuat secara sistematik agar ianya mampu mencapai matlamat dan objektifyang telah dibuat. Oleh sebab itulah wujudnya jawatan Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang brtujuan untuk menyelaraskan pengurusan murid daripada pelbagai aspek seperti disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat 3 perkara yang ditekankan di dalam perkara ini iaitu mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar serta memotivasikan murid.
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang seiring dengan falsafah pendidikan negara iaitu pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Menurut jurnal yang saya rujuk bertajuk “Pengurusan Bilik Darjah” oleh Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009), pada asanya, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di universiti maupun di institut-institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one of the most wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah. Pembelajaran dan pengajaran akan lebih berkesan apabila suasana persekitaran bilik darjah adalah kondusif disamping guru tersebut mempunyai dan memahami sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih, dan prihatin.
Apabila pengurusan bilik darjah berkesan, kita dapat lihat kesan positif daripada pelajar seperti penglibatan aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat mempertingkatkan lagi prestasi akademik mereka.

PENGURUSAN SUMBER
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah lakuatau pengetahuan pelajar hasil daripada pengalaman. Perubahan yang berlaku merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik yangdiajar.
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam setiap pengajaran dan pembelajaran, sumber pendidikan seperti pusat sumber sekolah memainkan peranan penting. Hal ini kerana pusat sumber merangkumi pelbagai sumber sama ada dari segi ilmiah iaitu buku serta penggunaan bahan teknologi seperti bilik audio yang lengkap mempunyai alatan seperti “LCD” dan “projector”. Dengan kemudahan teknologi ini, maka hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat dicapai untuk melahirkan warga pendidik yang mahir dan cekap dalam penggunaan teknologi sebagai sebahagian daripada alatan atau bahan pengajaran.
Pusat sumber digalakkan dijadikan sebagai salah satu sumber bahan pengajaran kerana seiring dengan objektif Pusat Sumber Sekolah (PSS) iaitu menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan juga membantu pelajar dan guru untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran (Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah, 2013).

Bagi saya, ini adalah satu inisiatif yang bagus kerana bukan sahaja dapat guru memperoleh manfaat tersebut, malah dalam masa yang sama dapat memupuk sikap cintai PSS dalam kalangan pelajar.
Secara kesimpulannya, pengurusan sumber yang teratur memudahkan guru untuk menggunakan ia sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran mereka. Penggunaan PSS bukan sahaja dapat dijadikan sebagai satu bahan sumber pengajaran, malah dapat memupuk sikap mencintai PSS dalam kalangan pelajar.

STRATEGI PENGURUSAN BILIK DAN PEMBELAJARAN
Bilik pembelajaran bukan sahaja bilik darjah semata-mata, malah makmal, bengkel atau studio malah padang juga dikenali sebagai bilik pembelajaran. Makmal lebih dikenal bilik pembelajaran bagi matapelajaran yang berkaitan dengan Sains serta Teknologi Maklumat. Studio pula lebih dikenali sebagai bilik pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Seni. Bengkel pula lebih ke arah matapelajaran yang memerlukan kemahiran yang dapat digunapakai dalam kehidupan seharian dan juga dapat dijadikan hobi atau kerjaya jika mempunyai minat dalam pertukangan seperti bengkel Kemahiran Hidup atau lebih dikenal sebagai bengkel Reka Cipta dan Teknologi. Di sini kita dapat lihat bahawa bilik pengajaran tidak terhad kepada bilik darjah semata-mata.
Di dalam artikel “Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran”, Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran (Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran, 2017).
Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan dan ditekankan, saya tidak menafikan bahawa perkara penyusunan bilik darjah dari segi tempat duduk pelajar sedikit sebanyak memberi impak terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankann. Sebelum seorang guru itu melakukan penyusunan bilim darjah, guru haruslah mengenalpasti sikap dan personaliti pelajar. Sedikit sebanyak perkara sebegini turut mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berbalik kepada strategi mengurus bilik darjah, guru yang mengurus bilik pengajaran dengan betul dan teratur bukan sahaja dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan, malah objektif pengajaran turut tercapai. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam mengurus bilik pembelajaran agar pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan mencapai suasana yang kondusif serta ilmu dapat disampaikan dengan berkesan.

Subscribe to:
Posts (Atom)